您覺得體力衰退 ?流逝的歲月是否已在您的身上留下痕跡 ﹖有了Bio Spray Plus 初乳液,不老從此再也不是神話!恒古以來,人類就一直在探索及追求延年益壽之秘.這一切,隨著生物科技的突進,已不再是遙不可及的夢.I-Linkage 所推出全新配方的Bio Spray Plus 初乳液,具有非常高的營養價值,不但讓您延壽,它也是強身保健秘方!

Adakah anda berasa tidak bermaya? Adakah muka anda mulai mengalami kedutan? Adakah anda mulai berasa masa berlalu dengan cepat? Jangan risau! Dengan Bio Spray PLUS Colostrum Liquid, keremajaan bukan lagi satu mitos. Sekian lama manusia mencari jawapan untuk awet muda, kini, dengan perkembangan pesat dalam era bioteknologi, proses mengawet muda bukan lagi menjadi satu tanda soalan.

Apr 9, 2008

Aging ( TUA)


Manusia, secara amnya, pasti akan melalui 4 peringkat pembesaran, iaitu, KANAK-KANAK-> REMAJA-> DEWASA-> TUA.

Di peringkat kanak-kanak meskipun remaja, keadaan kesihatan masing-masing rata-ratanya pada tahap yang bagus sekali. Jika diserangi sebarangan masalah kesihatan, secara relatif, kadar penyembuhannya adalah sangat cepat berbanding dengan orang dewasa ataupun tua.

Disebaliknya, bagi orang dewasa bahkan tua, masalah kesihatan menjadi kebimbangan utama mereka. Otak sering diserangi penyakit migraine dan alzheimer, memori berkurangan, hilang konsentrasi, mudah menjadi kecewa dan gelisah. Susah untuk menidur. Air muka menjadi kurang berseri. Kulit kehilangan kekenyalan, kering, berdermatitis dan berjeragat, berkedut dan berkendur. Rambut beruban dan gugur. Kadar metabolisma badan akan menurun, masalah jantung, tekanan darah tinggi timbul, otot mengendur, imunisasi badan jadi lemah, sistem paru-paru mulai merosot. Kekurangan kalsium, jangkitan pada tulang belakang, risiko penyakit tulang terjadi. Badan berasa kurang tenaga, sejuk dan sakit. Badan senang dijangkiti anemia, kegendutan, kencing manis. Pertumbuhan kuku tidak normal. Badan berkolesterol tinggi. Bagi wanita, penyakit-penyakit kemaluan yang mengakibatkan kehilangan seksualiti, jangkitan saluran air kencing mulai terlihat. Badan berasa kurang bertenaga, senang berasa letih dan tak bermaya.


Apakah keadaan semua di atas dikatakan sebagai
PENUAAN? Jawapannya.. YA!

Menurut hasilan penelitian Dr. Daniel Rudman yang diterbitkan di New England Journal of Medicine, penuaan adalah sejenis penyakit. Penyakit ini dikatakan sebab kekurangan salah satu hormon di dalam badan manusia iaitu Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH). Oleh itu, PENUAAN disifatkan Sindorom Kemelesetan HGH.














Gambarajah di atas (kiri) menunjukkan size sebuah otak manusia yang berusia 70 tahun telah menggecut sebanyak 30% berbanding dengan yang berusia muda. Keadaan ini menyebabkan orang yang berusia tinggi lebih berpotensi menjangkiti penyakit otak seperti penyakit Parkinson dan sebagainya.

Gambarajah di atas (kanan) terlihat pula penggecutan size dan penghitaman sebuah ginjal orang yang berumur 70 tahun. Penggecutan ini telah menjatuhkan fungsi ginjalnya.

Apabila sudah tua, selain daripada otak dan ginjal, fungsi organ-organ badan lain misalan kulit, jantung, paru-paru, otot, tulang, rambut, organ seks dan sebagainya juga akan menjadi lemah dan merosot.

Apakah Sebabnya Manusia Menjadi Tua?

Secara amnya, ia disebabkan 3 faktor utama. Mereka adalah tatacara kehidupan manusia, oxidasi dan kekurangan hormon HGH.


Tatacara hidup yang tidak sihat seperti jarang bahkan tidak bersenaman, tidur tidak berkualiti, tabiat pemakanan yang tidak sihat (makan makanan yang berlemak, berwarnakan, perawetkan), stress yang tinggi dan sebagainya boleh mempercepatkan prosess penuaan. Pengoxidasi seperti menghisap rokok, menghidu asap tangan kedua, karbon monoksida dari kendaraan bermotor, bahan-bahan kimia di alam sekitar antara sebab penuaan. Kedua-dua faktor ini adalah disebabkan keadaan luaran dari tubuh badan kita.

Kekurangan HGH adalah faktor dalaman badan manusia yang menyebabkan penuaan.


Gambarajah atas menunjukkan lapan jenis hormon utama manusia.

Testosterone, progesterone, dan estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab atas reproduksi manusia. Kekurangan hormon ini akan mengakibatkan menopause pada wanita dan andropause pada lelaki. Hormon DHEA adalah hormon yang bertanggungjawab menurunkan risiko seseorang menjangkiti penyakit cancer. Hormon insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal kadar metabolisme glukosa (gula) darah kita. Kekurangan hormon ini akan menyebabkan penyakit diabetes mellitus (kencing Manis). Hormon thyroid bertanggung jawab terhadap metabolisme tubuh kita. Hormon yang lain adalah hormon Melatonin. Hormon ini bertanggung jawab mengatur fungsi tidur.

Manakala, hormon yang paling utama untuk badan manusia adalah hormon Pertumbuhan manusia (HGH). Hormon ini bertanggungjawab penggaturan pertumbuhan organ-organ serta tisu-tisu badan manusia. Selain daripada itu, HGH juga bertanggungjawab untuk produksi hormon-hormon lain dalam tubuh manusia. Bagi kanak-kanak yang berkekurangan hormon ini akan melambatkan kadar pembesarannya. Menurut Dr Daniel Rudman, produksi HGH akan merosot sebanyak 17% untuk setiap jangkamasa sepuluh tahun.


Pada usia 20 tahun, badan manusia berkeupayaan menghasilkan HGH sebanyak 500 mikrogram per liter darah setiap hari. Manakala, pada usia 80 tahun, produksi HGH badan manusia hanya sekadar 25 mikrogram per liter setiap hari.

Maka, apabila tua, ada cara untuk meningkatkan produksi HGH di dalam tubuh manusia agar dapat melambatkan process penuaan malah mengkembalikan keremajaan kita? Jawapannya ADA!

Salah satu caranya adalah dengan menyuntikkan HGH tiruan ke dalam darah kita. Tapi, cara ini kurang dianjurkan sebab kosnya tinggi malah hormon yang disuntikkan itu mungkin akan menyebabkan kelenjar pituitari (organ badan di dalam otak manusia yang menghasilkan HGH) terlalu bergantung kepada HGH luaran ini bahkan "enggan" berkerjasama untuk menghasilkan HGH secara semulajadi. Tambahan pula, penyuntikkan HGH tiruan ini amat bergantung kepada pakar-pakar. Suntikan HGH tiruan yang berlebihan mungkin boleh menyebabkan serangan sakit jantung.

Cara lain adalah dengan berpuasa. Seseorang yang berpuasa dapat meningkatkan kadar perlepasan HGH dalam darahnya. Persenaman juga boleh meningkatkan kadar penghasilan HGH semulajadi. Oleh itu, penggemar senaman selalu nampak segar dan sehat. Tidur berkualiti juga boleh membantu meningkatkan kadar HGH di dalam darah.

Antara lain, mengkonsumsikan asid amino juga boleh menambahkan kadar perlepasan HGH dalam badan kita.

Menurut Dr Ronald Klatz, terdapat 4 jenis asid amino utama bagi meningkatkan kadar penghasilan HGH di dalam badan kita (gambarajah atas). Beliau berkata, secara relatif dan semulajadinya, mengkonsumsi 4 jenis asid amino ini untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dapat menghasilkan HGH yang mencukupi untuk menampakkan seseorang manusia itu kembali remaja sebanyak 10 hingga 20 tahun.

  • Formula BIOSPRAY adalah berasaskan faktor mengkonsumsi 4 jenis asid amino ini (dan lain-lain) untuk penghasilan HGH tambahan secara semulajadi dalam tubuh badan agar dapat melambatkan process penuaan malah mengkembalikan keremajaan kita.

p/s: Keterangan lanjut mengenai BIOSPRAY ada di capter berlabel BIOSPRAY.