


Keremajaan berpanjangan adalah sesuatu yang sentiasa menjadi pencarian utama manusia sejagat. Untuk sekian lama, banyak kajian serta eksperimen telah dibuat, pelbagai jenis herba telahpun ditemui termasuk ginseng dan plasenta, tetapi jawapan utama pada keremajaan masih belum ditemui. Walaubagaimanapun, penemuan teknik pengeluaran semula HGH telah mengubah segalanya. Ianya adalah satu penemuan terbesar dalam pencarian keremajaan berpanjangan semenjak HGH dikenalpasti dalam dunia sains pada tahun 1920. Walaubagaimanapun, hanya pada tahun 1958 ianya diiktiraf atas pencapaiannya dalam membantu dalam tumbesaran bagi golongan kanak-kanak kerdil yang diakibatkan oleh sereberum otak meraka kurang atau gagal merembeskan HGH.
Pada masa dahulu, HGH diakstrak keluar dari otak mayat dari afrika, di mana hanya beberapa titis sahaja yang mampu di keluarkan dari 1000 otak. Oleh kerana itu, para saintis membuat keputusan untuk mencipta HGH makmal, di mana ianya akan melalui proses yang rumit kerana hormon berasaskan protin yang dibina oleh 191 asid amino yang pelbagai. Setelah 10 tahun dikaji, pada tahun 1985, Dr. Herbert Boyer dan kumpulan saintisnya berjaya melahirkan HGH buatan manusia yang pertama dengan menggunakan teknologi penggabungan semula. Satu tahun kemudian, HGH yang serupa dilahirkan oleh kilang perubatan Eli Lilly dengan mengadaptasikan teknologi yang serupa. Tetapi kali ini, dari segi fizikal, biologi, dan kimia, ianya adalah replika yang 100% menyerupai HGH yang dirembeskan oleh sereberum otak.
Pada tahun 1985, Dr. Daniel Rudman telah mengiktiraf 2 buah industrialis perubatan gergasi, Eli Lilly dan Genetech dalam ‘Journal of The American Geritrics Society’ di mana artikel tersebut telah mengiktiraf penemuan teori rejuvinasi mereka. Beliau telah menyatakan bahawa penuaan adalah sejenis penyakit yang diakibatkan kekurangan HGH. Beliau juga menerangkan bahawa HGH mampu merangsangkan sereberum otak untuk menjalankan fungsi-fungsi rejuvinasi. Pengaktifan semula semacam ini akan membolehkan memutarbalikkan jam biologi manusia! Kerana itu lah keadaan fizikal badan boleh diremajakan semula.
Penebalikkan semula proses penuaan boleh dibuktikan lebih-lebih lagi pada jantung, hati, dan pancreas di mana ia akan menghentikan pengecutan organ-organ tersebut dan meletakkan semula pada saiz asal.
Satu lagi keputusan eksperimen ke atas HGH ialah ianya telah menunjukkan pengawalan kestabilan paras air di dalam badan. Ia akan manyalirkan air yang cukup untuk pembiakkan sel. Setiap kanak-kanak mempunyai 90% cecair yang mebolehkan kulit mereka menjadi lebih kenyal dan licin. Orang dewasa biasa mampu mengekalkan 60% cecair manakala orang tua hanya mampu mengekalkan 40% cecair untuk pembiakkan sel. Dengan adanya HGH, orang tua boleh mengembalikan semula 60% hingga 70% cecair, sama dengan mereka yang berumur 20 hingga 30 tahun. Inilah kebenaran disebalik bagaimana seseorang yang sudah berumur atau tua mampu mengembalikan kulit yang lembut, kenyal, mantap, berseri serta menghilangkan kedut.
No comments:
Post a Comment