您覺得體力衰退 ?流逝的歲月是否已在您的身上留下痕跡 ﹖有了Bio Spray Plus 初乳液,不老從此再也不是神話!恒古以來,人類就一直在探索及追求延年益壽之秘.這一切,隨著生物科技的突進,已不再是遙不可及的夢.I-Linkage 所推出全新配方的Bio Spray Plus 初乳液,具有非常高的營養價值,不但讓您延壽,它也是強身保健秘方!

Adakah anda berasa tidak bermaya? Adakah muka anda mulai mengalami kedutan? Adakah anda mulai berasa masa berlalu dengan cepat? Jangan risau! Dengan Bio Spray PLUS Colostrum Liquid, keremajaan bukan lagi satu mitos. Sekian lama manusia mencari jawapan untuk awet muda, kini, dengan perkembangan pesat dalam era bioteknologi, proses mengawet muda bukan lagi menjadi satu tanda soalan.

Apr 8, 2008

HGH


Hormon pertumbuhan manusia (HGH) dirembeskan oleh sereberum otak; berbeza dari hormon-hormon lain, kerana HGH adalah ibu segala hormon di mana ia mempunyai kawalan untuk mengaktifkan hamper kesemua fungsi badan. HGH memberangsangkan perubahan badan, kadar metabolisma, dan aktiviti otak. Oleh itu, HGH mampu menebalikkan proses penuaan dan mengembalikan keremajaan, secara fizikal mahupun mental.


Latarbelakang Human Growth Hormone (HGH)

Keremajaan berpanjangan adalah sesuatu yang sentiasa menjadi pencarian utama manusia sejagat. Untuk sekian lama, banyak kajian serta eksperimen telah dibuat, pelbagai jenis herba telahpun ditemui termasuk ginseng dan plasenta, tetapi jawapan utama pada keremajaan masih belum ditemui. Walaubagaimanapun, penemuan teknik pengeluaran semula HGH telah mengubah segalanya. Ianya adalah satu penemuan terbesar dalam pencarian keremajaan berpanjangan semenjak HGH dikenalpasti dalam dunia sains pada tahun 1920. Walaubagaimanapun, hanya pada tahun 1958 ianya diiktiraf atas pencapaiannya dalam membantu dalam tumbesaran bagi golongan kanak-kanak kerdil yang diakibatkan oleh sereberum otak meraka kurang atau gagal merembeskan HGH.

Pada masa dahulu, HGH diakstrak keluar dari otak mayat dari afrika, di mana hanya beberapa titis sahaja yang mampu di keluarkan dari 1000 otak. Oleh kerana itu, para saintis membuat keputusan untuk mencipta HGH makmal, di mana ianya akan melalui proses yang rumit kerana hormon berasaskan protin yang dibina oleh 191 asid amino yang pelbagai. Setelah 10 tahun dikaji, pada tahun 1985, Dr. Herbert Boyer dan kumpulan saintisnya berjaya melahirkan HGH buatan manusia yang pertama dengan menggunakan teknologi penggabungan semula. Satu tahun kemudian, HGH yang serupa dilahirkan oleh kilang perubatan Eli Lilly dengan mengadaptasikan teknologi yang serupa. Tetapi kali ini, dari segi fizikal, biologi, dan kimia, ianya adalah replika yang 100% menyerupai HGH yang dirembeskan oleh sereberum otak.

Pada tahun 1985, Dr. Daniel Rudman telah mengiktiraf 2 buah industrialis perubatan gergasi, Eli Lilly dan Genetech dalam ‘Journal of The American Geritrics Society’ di mana artikel tersebut telah mengiktiraf penemuan teori rejuvinasi mereka. Beliau telah menyatakan bahawa penuaan adalah sejenis penyakit yang diakibatkan kekurangan HGH. Beliau juga menerangkan bahawa HGH mampu merangsangkan sereberum otak untuk menjalankan fungsi-fungsi rejuvinasi. Pengaktifan semula semacam ini akan membolehkan memutarbalikkan jam biologi manusia! Kerana itu lah keadaan fizikal badan boleh diremajakan semula.

Penebalikkan semula proses penuaan boleh dibuktikan lebih-lebih lagi pada jantung, hati, dan pancreas di mana ia akan menghentikan pengecutan organ-organ tersebut dan meletakkan semula pada saiz asal.

Satu lagi keputusan eksperimen ke atas HGH ialah ianya telah menunjukkan pengawalan kestabilan paras air di dalam badan. Ia akan manyalirkan air yang cukup untuk pembiakkan sel. Setiap kanak-kanak mempunyai 90% cecair yang mebolehkan kulit mereka menjadi lebih kenyal dan licin. Orang dewasa biasa mampu mengekalkan 60% cecair manakala orang tua hanya mampu mengekalkan 40% cecair untuk pembiakkan sel. Dengan adanya HGH, orang tua boleh mengembalikan semula 60% hingga 70% cecair, sama dengan mereka yang berumur 20 hingga 30 tahun. Inilah kebenaran disebalik bagaimana seseorang yang sudah berumur atau tua mampu mengembalikan kulit yang lembut, kenyal, mantap, berseri serta menghilangkan kedut.

No comments: